Daily Archives: August 17, 2015 @ 5:53 pm

Bangkai ATR42-300 ditemui berasap

Indonesia

Jayapura, Indonesia: Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi ini.

Namun, nasib 54 penumpang termasuk lima anak kapal dalam pesawat berkenaan belum diketahui kerana anggota pasukan penyelamat belum dapat memasuki lokasi pesawat itu yang terhempas semalam, dalam hutan tebal di kawasan pergunungan, 12 kilometer 12 dari Oksibil.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukannya sedang membuat persiapan memasuki

kawasan nahas melalui udara dan jalan darat.

“Asap masih keluar dari pesawat itu ketika ia dikesan pesawat pencari,” Continue reading »

Tambah wang kertas RM10 di mesin ATM

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pihak bank ti­dak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya menambah jumlah wang kertas RM10 di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) malah dapat meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap sistem bank di negara ini.
Azih Muda

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, perkara tersebut diharap akan menerima maklum balas positif daripada institusi bank demi kebaikan semua lapisan masyarakat.

“Sebelum ini CUEPACS pernah melontarkan pandangan yang sama, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan, seolah-olah suara rakyat tiada erti dan tidak didengari.

“Saya sangat bersimpati dengan sesetengah pengguna yang mengalami kesulitan untuk mengeluarkan wang tunai memandangkan jumlah simpanan tidak melebihi RM50 pada waktu itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini menerusi ruangan Awang Selamat berkongsi kisah empat beranak iaitu suami, isteri dan dua anak kecil menaiki motosikal meredah hujan untuk ke bank bagi mengeluarkan wang tunai menerusi mesin ATM, baru-baru ini.

Malangnya, si suami merasa amat kecewa apabila mesin ATM itu tidak mempunyai Continue reading »

Minggu yang sukar, diharungi juga

KDNK

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, negara melalui hari-hari yang mencabar. Pelbagai perkembangan berlaku. Ringgit dan pasaran saham mengalami penurunan, pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keputusan kewangan PETRONAS yang mencatatkan penyusutan. Bagaimanapun, perkembangan berkenaan bukan saja sentimen tempatan, tekanan juga dialami di peringkat serantau dan global, dan ia memang ‘menyakitkan’. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia dan bergerak ke hadapan dengan semua halangan ini, dibantu oleh asas-asas ekonomi negara yang masih amat utuh.

Tiada tambatan, tiada kawalan modal, sebagaimana pendapat beberapa ahli ekonomi bahawa institusi kewangan kukuh dengan penampan rizab asing yang mencukupi dan tumpuan adalah untuk menangani masalah asas. Jaminan yang diberikan oleh kerajaan untuk menangani keadaan semasa yang telah memberi kesan kepada mata wang tempatan, untuk memastikan ekonomi yang stabil, disambut baik kerana terdapat keperluan ini untuk memulihkan keyakinan pelabur dan menolak persepsi negatif tentang negara ini. Apa lagi dengan Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun ini dan akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) minggu depan.

Malaysia juga perlu mengekalkan semangat untuk Continue reading »