Daily Archives: August 21, 2015 @ 12:38 am

Ringgit sepatutnya 3.70 berbanding dolar AS – Nazir Razak

KUALA LUMPUR 20 August 2015. Speakers, Chairman CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak during South-East Asia Summit 2015 at The Westin Kuala Lumpur. NSTP/ Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR 20 August 2015. Speakers, Chairman CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak during South-East Asia Summit 2015 at The Westin Kuala Lumpur. NSTP/ Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Ringgit sepatutnya didagangkan sekitar 3.70 berbanding dolar AS berdasarkan asas-asas semasa namun sentimen pelabur menggeluncurkan mata wang tempatan melangkaui paras itu, kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak. Katanya, penganalisis bank menjangka berdasarkan wajaran dagangan baru-baru ini, pergerakan ringgit sepatutnya berlegar pada paras 3.70 (untuk satu dolar AS). “Jika pakar ekonomi kita betul, wujud pengurangan nilai sekitar 10 peratus yang berkemungkinan disebabkan oleh sentimen,” katanya pada Sidang Kemuncak Majalah The Economist Asia Tenggara, di sini, hari ini.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.1350/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1090 semalam. Nazir berkata, seperti krisis ekonomi lain, adalah amat penting situasi itu diselidik dengan sebaik-baiknya agar ia dapat ditangani dengan dasar yang betul. Continue reading »