Daily Archives: August 22, 2015 @ 8:13 pm

Padah tawar khidmat seks kepada anggota polis

Court

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Suhaili Abu Kasim, 35,menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap tiga hari lepas.

Suhaili, seorang peniaga kecil, didakwa menawarkan khidmat sekskepada anggota polis itu di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Muda Abdul Aziz,Dang Wangi di sini kira-kira 1.50 tengah hari pada 11 Ogos.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itumengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Suhaili memohon hukuman ringan atas alasan dia menghidap penyakit asma selain perlu menanggung seorang anak berusia tujuh tahun yang dijaga jirannya dan menjaga ibu bapanya yang uzur.

“Saya minta maaf, saya buat kerja ini kerana saya orang susah dan kesempitanhidup. Janganlah penjara saya. Saya lebih rela membayar denda daripada dihukumpenjara,” kata Suhaili sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Ashraf Rezal berkata mahkamah menjatuhkan Continue reading »

Najib yakin ringgit kembali kukuh

NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-yakin-ringgit-kembali-kukuh-1.126808#sthash.zd6sCZJh.dpuf

NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-yakin-ringgit-kembali-kukuh-1.126808#sthash.zd6sCZJh.dpuf

PUTRAJAYA 20 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis nilai ringgit akan kembali melantun berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh, selain bergantung kepada faktor luaran lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, orang ramai mahu melihat tindakan kerajaan dalam jangka masa pendek kepada situasi semasa ringgit.

Menurut Najib, satu sesi perbincangan bersama pakar dan peng­analisis ekonomi yang berlangsung semalam dan mereka menyimpulkan nilai ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Beliau turut menggalakkan Continue reading »

F