Daily Archives: August 23, 2015 @ 10:15 pm

Boeing serah 2 pesawat 737-900ER generasi akan datang kepada Sriwijaya Air

boeing-737-900

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Boeing berjaya menyerahkan dua pesawat 737–900ER (Extended Range) Generasi Akan Datang, kapal terbang serba baharu pertama untuk Sriwijaya Air, syarikat penerbangan ketiga terbesar Indonesia.

Syarikat penerbangan yang berpusat di Jakarta itu kini beroperasi menggunakan kumpulan pesawat Boeing 737 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan ke destinasi di Indonesia dan beberapa bandar raya antarabangsa.

Boeing 737–900ER merupakan pesawat terbaharu dalam barisan pesawat syarikat, menawarkan kapasiti tertinggi dan kos perbatuan tempat duduk paling rendah dalam barisan pesawat satu lorong Boeing, kata Boeing dalam satu kenyataan di sini.

Pesawat baharu 737–900ERs akan membolehkan Continue reading »

Penduduk Pulau Mantanani perlu klinik kesihatan

KK

KOTA KINABALU – Penduduk dua buah kampung di Pulau Mantanani, Kota Belud, menggesa kerajaan membina sebuah klinik kesihatan di pulau itu bagi kemudahan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan terbaik.

Terdapat dua kampung di pulau itu — Kampung Pulau Mantanani dan Kampung Siring Bukit yang dihuni lebih 1,000 penduduk.

Ketika ini penduduk di pulau tersebut terpaksa menggunakan bot dari Pulau Mantanani ke Pengkalan Abai, bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud.

Pulau Mantanani yang terletak di perairan pantai barat Sabah mengambil masa kira-kira satu jam 45 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Usukan, Kota Belud.

Ketua Kampung Pulau Mantanani, Mohd Tahir Ismawil, 44, berkata, permohonan untuk mendapatkan kemudahan itu telah dibuat sejak beberapa tahun lalu.

“Permohonan itu sudah dibuat sebelum Continue reading »

Jari tersepit ketika baiki enjin kereta

Anggota Bomba dan Penyelamat Bachok berusaha untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dalam enjin kereta, hari ini. - Foto Sinar Harian

Anggota Bomba dan Penyelamat Bachok berusaha untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dalam enjin kereta, hari ini. – Foto Sinar Harian

BACHOK – Seorang mekanik cedera pada bahagian jarinya ketika sedang membaiki enjin kereta di Kampung Baru Hujung Repek, petang tadi.

Pegawai Bomba Daerah Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, ketika pihaknya tiba di bengkel itu, mangsa, Razali Mat Zin, 32, sedang kesakitan apabila jari kelingking kanan tersepit pada bahagian tapak enjin kereta Perodua Kancil yang sedang diselenggara dibengkel berkenaan.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.12 petang dan tiba sejurus kemudian. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Ahmed Mazdan Jusoh bersama tujuh anggota.

“Ketika pasukan bomba tiba jari mangsa telah bengkak. Jari mangsa dapat dikeluarkan dalam masa sejam dengan menggunakan pemotong hidraulik,”katanya kepada pemberita.

Kasyfi berkata, masa yang diambil agak lama kerana untuk Continue reading »

Lelaki ‘cuba bersih dosa pelacur’ ditangkap

GAMBAR yang dipetik daripada rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan menyerang mangsanya.

GAMBAR yang dipetik daripada rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan menyerang mangsanya.

Taipei: Seorang lelaki Kristian fundamentalis memujuk seorang GRO wanita ke dalam bilik hotel sebelum memaksanya berbogel, merompak dan menyerangnya menggunakan pisau, kononnya untuk ‘membersihkan wanita itu daripada dosa.’

Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’

Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.

Lelaki dikenali sebagai Continue reading »

Tiga sekawan dituduh cuba rogol berkumpulan

Tertuduh dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam.

Tertuduh dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut sebuah pusat kemahiran, di sini, bersama dua lagi rakannya masing-masing bawah umur dan masih bersekolah berdepan pertuduhan melakukan cubaan rogol dalam kejadian 12 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 18, 17, dan 16 tahun didakwa melakukan percubaan rogol berkumpulan terhadap seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun di kawasan belukar di Zon Anggerik, Bandar Amanjaya, antara jam 9.45 malam hingga 2.30 pagi.

Disebabkan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 375B.

Manakala bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara yang tidak lebih daripada setengah tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hasnurliza Mohd Radzi.

Dalam pada itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shukriah Sulaiman merayu tertuduh diberi jaminan rendah memandangkan masih belajar.

Hakim Vijayalakshmi Muthusamy bagaimanapun membenarkan Continue reading »

Ringgit dijangka terus tertekan minggu depan

RM

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus tertekan minggu depan dan mungkin menguji tahap 4.20 kepada dolar AS, menurut bank komersial. Hong Leong Bank, dalam laporan penyelidikan mingguannya, menyatakan ringgit akan terus didominasi oleh prestasi dolar minggu depan. “Melainkan ada kelemahan ketara dolar, kami berpendapat lebih selamat untuk mengunjurkan ringgit masih menghadapi tekanan. Ia mungkin dicabar pada paras 4.25 minggu depan,” menurutnya.

Bagaimanapun, bank itu menyatakan pasangan dolar-ringgit terlebih beli dan menunjukkan tanda-tanda tidak mampu lagi bertahan dan akan mencatat kedudukan yang berbeza jika berlaku pengukuhan ringgit. Sementara itu, Standard Chartered Bank, dalam laporan terkininya juga menjangkakan ringgit akan terus menyusut. “Walaupun semua faktor negatif sudah pun diambil kira, kami menjangkakan peningkatan dolar-ringgit daripada paras semasa. “Kami menjangkakan dolar-ringgit dipacu oleh tiga faktor utama dalam jangka pendek iaitu impak kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan, potensi pengaliran keluar portfolio dan respons Bank Negara Malaysia mengenai penyusutan mata wang tempatan,” menurutya.

Dari segi aliran, bank menjangkakan berlaku Continue reading »