Kurangkan aktiviti di luar semasa jerebu

Jerebu

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) — Berikutan keadaan berjerebu yang berada pada paras tidak sihat di negeri ini, orang ramai dinasihat agar mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata, keadaan berjerebu di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap udara tidak sihat.

“Masalah berjerebu yang melanda negeri ini disebabkan pembakaran terbuka aktiviti penanaman padi di Kalimantan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata setakat ini tidak ada sebarang tompok panas dikesan di Sarawak dan jerebu yang berlaku di negeri ini disebabkan asap yang melintasi sempadan akibat pembakaran terbuka di Kalimantan Barat.

Sehubungan itu, Dr Jerip menasihati orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit asma supaya berada di dalam rumah atau memakai penutup mulut dan hidung.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar minum banyak air.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>