Daily Archives: August 25, 2015 @ 11:33 pm

Remaja perempuan Nigeria letup diri, 5 terbunuh

Bomb

DAMATURU, Nigeria: Seorang remaja perempuan meletupkan bom yang dipakainya di bandar Damaturu, Nigeria, menyebabkan lima orang maut manakala 30 yang lain cedera, menurut polis.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi kumpulan militan Boko Haram didakwa bertanggung jawab terhadap beberapa siri serangan serupa sejak beberapa minggu lalu. “Pada kira-kira 7.40 pagi, seorang pengebom nekad perempuan berusia 14 tahun meletupkan bom di tengah stesen bas di Damaturu.

Enam orang terbunuh termasuk pengebom nekad itu,” Continue reading »

Helmet buatan Jepun dan China diuji dengan batang besi

Apabila anda membeli sesuatu yang akan memberi keutamaan kepada apa yang boleh dilihat itu? Kebanyakan orang harus paling mengambil berat semasa beli adalah harga barang dan juga keupayaan, bahan-bahan dan label yang lain

Manakala yang lain akan memberi perhatian khas kepada negara-negara pengeluar kerana kita juga umumnya bersetuju bahawa ada beberapa negara mengeluarkan barangan yang lebih berkualiti dan juga barang yang kurang kuality  tetapi kuality sebenar harus di uji kebenarannya.

Video yang akan ditunjukkan di bawah adalah salah satu dari dua orang yang kuat untuk mengambil batang besi untuk menguji dengan memukul dua topi kelandar (Helmat) yang  keras di buat dari negara berlainan. Hasli ujian ini memang……… anda akan tahu selepas menonton video yang di tunjukkan di bawah.

Video Ujian Helmet (topi keledar) buatan Jepun:

Selepas menonton buatan Jepun. Sila Teruskan menonton helmet buatan china:

Video Ujian Helmet (topi keledar) buatan China:

Selepas menonton apakah komen anda?

Sebelum beli barang keselamatan untuk diri sendiri. Fikirkanlah betul- betul, jangan sebabkan harga yang murah membahayakan nyawa anda.

Daripada Msian

Rogol anak saudara tiri

Rogol
SUBANG JAYA – Seorang lelaki layak digelar binatang apabila tergamak merogol anak saudara tirinya.

Perbuatan itu terbongkar selepas ibu mangsa membaca kandungan perbualan mesej di antara suspek dan anak gadisnya di laman aplikasi Whatsapp telefon bimbit milik anaknya.

Dalam kejadian 21 Julai lalu, mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah kolej sebelum itu dicabul dalam kereta oleh suspek berusia 29 tahun.

Suspek dikenali sebagai ‘abang boy’ mencabul kehormatan gadis itu ketika mangsa tertidur dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, mangsa menegur perbuatan bapa saudara tirinya itu sebelum kembali tidur dalam kereta jenis Honda Vitec dipandu suspek.

Sebaik terjaga kira-kira jam 6 pagi, mangsa terkejut dibawa ke sebuah pangsapuri di Saujana Puchong dan dipaksa naik ke tingkat  dua.

Ketika berada di dalam bilik, suspek menolak mangsa ke katil dan merogolnya. Mangsa cuba menjerit namun suspek menutup mulutnya dengan tangan.

Suspek mengugut supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Bersatu kira-kira jam 7.30 pagi hari yang sama.

Tidak cukup dengan perbuatan keji dilakukan, suspek mengajak mangsa bertemu dan meminta wang sebanyak RM500 daripada mangsa untuk membaiki kereta, seminggu selepas kejadian berlaku.

Selepas kejadian, mangsa berasa tidak selesa dan Continue reading »

Lagi bom dijumpai

Gambar bertarikh kelmarin memaparkan papan iklan tertera lakaran wajah suspek penyerang di Kuil Erawan, tengah Bangkok.Polis Thai menghadapi kesukaran memburu suspek berikutan masalah banyak CCTV yang tidak berfungsi di ibu negara. – AFP

Gambar bertarikh kelmarin memaparkan papan iklan tertera lakaran wajah suspek penyerang di Kuil Erawan, tengah Bangkok.Polis Thai menghadapi kesukaran memburu suspek berikutan masalah banyak CCTV yang tidak berfungsi di ibu negara. – AFP

BANGKOK 24 Ogos – Polis Thailand hari ini menemukan sebutir bom di dalam sebuah rumah di ibu negara ini dan mematikannya, seminggu selepas satu serangan letupan menyaksikan 20 orang terbunuh di t­engah Bangkok.

Komander Pasukan Ordinan Bahan Letupan Polis, Kamthorn Aucharoen berkata, pihaknya menerima laporan petang ini tentang penemuan bom itu di Pangspauri Sukhumvit 81.

“Kami menjumpai bom ber­kenaan di dalam sebuah rumah milik seorang buruh.

“Kami telah mematikan bom itu dan akan memusnahkannya,’’ katanya kepada Reuters.

Dalam perkembangan berkaitan, Continue reading »

8 maut banjir di Turki

PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. - Foto AP

PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. – Foto AP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang semalam akibat banjir di wilayah timur laut Laut Hitam, Artvin, Turki, menurut pihak berkuasa. Gabenor Artvin, Kemal Cirit dipetik agensi berita DHA sebagai berkata, sekurang-kurangnya tiga daripada kematian itu disebabkan sebuah rumah runtuh di pekan Hopa.

Gambar televisyen menunjukkan keadaan huru-hara ketika air sungai melimpahi tebing dan mengalir deras di jalan raya, memerangkap kereta dan bas. Wilayah Artvin bersempadan dengan Georgia, terkenal dengan paras hujan tinggi dan sering dilanda banjir. – AFP

Ringgit pada 4.26 berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS. - Foto hiasan

RINGGIT dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS berikutan kurang minat belian terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah kelembapan sentimen terhadap China.

Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar AS daripada 4.2475/0415 pada penutupan dagangan semalam. Kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China yanga menyederhana lebih cepat daripada jangkaan, terus memberi impak kepada pasaran global, katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga dibuka rendah. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0275 daripada 3.0143/0229 pada Isnin dan turun berbanding yen pada 3.5831/5879 daripada 3.5295/5390 semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound sterling kepada 6.7158/7262 daripada 6.6876/7042 dan susut berbanding euro kepada 4.9330/9396 daripada 4.8826/8950 semalam. – BERNAMA