Polis tahan 12 suspek letupan di Tianjin

KAWASAN pelaburan yang musnah akibat daripada letupan besar di Tianjin. - Foto AFP

KAWASAN pelaburan yang musnah akibat daripada letupan besar di Tianjin. – Foto AFP

SHANGHAI: Polis China menahan 12 orang yang disyaki terbabit dalam letupan besar di bandar Tianjin sehingga menyebabkan 139 orang terbunuh dan memusnahkan kawasan pelabuhan di situ, lapor agensi berita, Xinhua, hari ini.

Antara mereka yang ditahan ialah pengerusi, naib pengerusi dan tiga timbalan pengurus besar syarikat logistik menyimpan bahan kimia yang meletup manakala selebihnya tidak diketahui identiti mereka.

Sebelum ini, China memecat ketua jabatan keselamatan pekerja kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>