Daily Archives: September 1, 2015 @ 5:02 pm

Pegawai ‘JPAM’ rogol wanita ketika temuduga

Rogol

KEMAMAN – Dengan taktik menyamar sebagai pegawai JPAM dan menawarkan peluang pekerjaan sebagai anggota jabatan itu, seorang remaja lelaki bukan sahaja menipu duit orang kampung, malah lebih kejam suspek turut merogol seorang wanita ketika sesi temu duga.

Suspek, 18, memperkosa mangsa yang berumur 20 tahun selepas meminta wanita dari Kijal itu menghadiri temu duga di sebuah hotel di Chukai dalam kejadian lebih kurang jam 8 pagi pada 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun mangsa yang hadir ke hotel itu seorang diri tanpa ditemani sesiapa akhirnya terperangkap selepas sesi temu duga berkenaan bertukar menjadi sesi memuaskan nafsu suspek.

Ketua Polis Kemaman, Pemangku Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, lebih kurang jam 6 petang pada hari sama juga, suspek turut memperdaya Continue reading »

Juruteknik mengaku tak bersalah rogol anak

Rogol

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya.

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalam Continue reading »

Nama Malaysia 
Airlines kekal

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Jenama Malaysia Airlines atau singkatannya MAS tetap dikekalkan, setelah syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menerima Sijil Operator Udara (AOC) yang mengambil alih peranan daripada Malaysian Airline System Bhd. sebagai syarikat penerbangan negara, mulai esok.

MAS

Utusan Malaysia difahamkan, jenama MAS akan dikekalkan buat masa ini sehingga penjenamaan semula dilancarkan. Namun difahamkan juga sebarang tarikh untuk penjenamaan semula masih belum dapat dipastikan.

Pada Jumaat lalu, MAB telah menerima AOC daripada Jabatan Penerbangan Awam yang membolehkan MAB memulakan operasi dengan jenama MAS bermula 1 September 2015.

Kelayakan penerimaan sijil itu memerlukan MAB melalui beberapa aktiviti audit termasuklah operasi penerbangan, penyelenggaraan pesawat serta pematuhan peraturan

Bermula esok, MAB akan dikepalai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller yang telah dilantik untuk menyertai MAS sejak Mei lalu.

Pada 1 Jun lalu, Mueller membayangkan bahawa persepsi buruk terhadap Continue reading »

F