Juruteknik mengaku tak bersalah rogol anak

Rogol

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya.

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalamrumah yang sama dengan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Kamarudin Kamsun kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>