Daily Archives: September 2, 2015 @ 11:34 am

Belanja berhemah

A customer counts her ringgit notes outside a money changer at the central business district in Singapore August 25, 2015. The Malaysian ringgit hit a fresh pre-peg 17-year low on Monday as sustained worries about China's economy dented global risk appetite with European and Wall Street stocks suffering their largest one-day drop in nearly four years.     REUTERS/Edgar Su

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mengkaji semula sumber pendapatannya dan berbelanja secara berhemah bagi memastikan sasaran defisit fiskal 3.2 peratus bagi tahun ini dapat dicapai dalam berdepan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata, penangguhan perbelanjaan yang tidak mendatangkan hasil dan tidak memberi impak sosial adalah antara opsyen yang boleh dilaksanakan kerajaan dalam menjamin kestabilan kedudukan kewangan.

Katanya, kejatuhan harga komoditi, kemerosotan eksport serta kelemahan ringgit ketika ini mengehadkan sumber pendapatan kerajaan.

“Keadaan bukan lagi seperti biasa kerana kita mempunyai sumber terhad (disebabkan penurunan harga minyak), manakala eksport terjejas.

“Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah untuk Continue reading »

Polis Thai tahan suspek kedua

Thai

BANGKOK 1 Sept. – Polis Thailand hari ini menahan suspek kedua (gambar) berhubung pe­ngeboman di Bangkok tidak sampai 24 jam selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap dua individu.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha berkata, suspek lelaki yang juga rakyat asing itu ditahan di wilayah Sa Kaeo, yang bersempadan dengan Kemboja.

“Dia telah dibawa ke Bangkok untuk soal siasat,” katanya.

Televisyen tempatan turut memaparkan imej suspek bertubuh kurus bertopi, bercermin mata hitam, dan bermisai.

Bangkok Post melaporkan, lelaki itu memiliki pasport China dengan nama Yusufu Mieraili, 25, dari wilayah Xinjiang, namun identitinya masih belum disahkan.

Prayuth berkata, lelaki itu mirip suspek berbaju kuning yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Polis semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap Continue reading »