KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Seorang pembaiki penghawa dingin didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini gara-gara menggunakan kad kredit milik seorang pegawai kanan polis, membeli-belah di sebuah pasar raya, April lepas.
Muhamad Yusri Abidin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Muhamad Yusri didakwa menyalahgunakan satu kad kredit berjumlah RM606 milik Ong Saw In, 49, bertugas di Maktab Polis Cheras, di butik Levi’s, L2-21, The Mines Shopping Fair, Jalan Dulang, Seri Kembangan, di sini pada 4.11 petang, 13 April lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan wang jaminan Continue reading