Daily Archives: September 9, 2015 @ 4:43 pm

Sabah rekod 110 kes jenayah rogol tahun ini

Tawau
TAWAU – Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 110 kes pendakwaan jenayah rogol direkodkan di Sabah berbanding 223 kes bagi tempoh sama tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata, bagi jenayah melibatkan penderaan kanak-kanak pula, bagi tempoh sama terdapat tujuh kes, yang mencatatkan penurunan berbanding 19 kes tahun lepas.

“Statistik itu menunjukkan pihak kerajaan memandang serius jenayah yang melibatkan kanak-kanak dan wanita di Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu-Isu Wanita dan Kanak kanak, di sini hari ini.

Nancy berkata kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah telah mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak sentiasa terpelihara dengan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, kerajaan telah melakukan beberapa inisiatif termasuk Continue reading »

Hampir 8,000 orang terbunuh sejak konflik Ukraine tercetus – PBB

pbn.transformed

GENEVA: Hampir 8,000 orang termasuk orang awam, tentera dan anggota militia, terbunuh sejak tercetusnya konflik di Ukraine, kata Pejabat Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).

“Sejak konflik bermula di timur Ukraine pada pertengahan April 2014, sejumlah 7,962 orang terbunuh, dan sekurang-kurangnya 17,811 cedera,” kata agensi itu dalam laporan terbaharunya dikeluarkan hari ini. – AFP