Category Archives: Automobil

Proton Lancarkan Variant Baru SAGA PLUS

Proton Saga Plus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan varian terbaharu Saga iaitu Saga Plus bagi menggantikan edisi Saga SV yang berada di pasaran sekarang.

Kereta sedan yang boleh dilihat di semua bilik pameran PROTON mulai esok, dilengkapi lima ciri-ciri tambahan tanpa caj tambahan, sekaligus menjadikannya amat berbaloi untuk dimiliki, kata PROTON dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, dengan kehadiran Saga Plus, PROTON akan mengecilkan varian Saga dengan menamatkan pengeluaran varian Eksekutif dan SE.

“Saga Plus didatangkan dengan lima perubahan luaran iaitu rim aloi 14 inci, kit badan penuh, spoiler, tanda gred ‘Plus’ dan warna hiasan belakang,” katanya.

Ketua Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata penggunaan perkataan ‘Plus’ itu juga bagi memaparkan ciri-ciri tambahan model Saga SV sedia ada berkenaan. Continue reading »