Category Archives: Afrika

Hampir 8,000 orang terbunuh sejak konflik Ukraine tercetus – PBB

pbn.transformed

GENEVA: Hampir 8,000 orang termasuk orang awam, tentera dan anggota militia, terbunuh sejak tercetusnya konflik di Ukraine, kata Pejabat Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR).

“Sejak konflik bermula di timur Ukraine pada pertengahan April 2014, sejumlah 7,962 orang terbunuh, dan sekurang-kurangnya 17,811 cedera,” kata agensi itu dalam laporan terbaharunya dikeluarkan hari ini. – AFP

Remaja perempuan Nigeria letup diri, 5 terbunuh

Bomb

DAMATURU, Nigeria: Seorang remaja perempuan meletupkan bom yang dipakainya di bandar Damaturu, Nigeria, menyebabkan lima orang maut manakala 30 yang lain cedera, menurut polis.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi kumpulan militan Boko Haram didakwa bertanggung jawab terhadap beberapa siri serangan serupa sejak beberapa minggu lalu. “Pada kira-kira 7.40 pagi, seorang pengebom nekad perempuan berusia 14 tahun meletupkan bom di tengah stesen bas di Damaturu.

Enam orang terbunuh termasuk pengebom nekad itu,” Continue reading »