
Tiang elektrik tumbang akibat angin kencang dibawa Taufan Goni di bandar Kamimine, wilayah Saga, Jepun, semalam. REUTERS
TOKYO 25 Ogos – Seorang warga emas dikhuatiri maut, manakala 50 yang lain cedera apabila Taufan Goni melanda Jepun hari ini selepas meragut 26 nyawa di utara Filipina beberapa hari lepas.
Menurut Jabatan Meteorologi Jepun, taufan tersebut melanda wilayah Kumamoto di barat daya Jepun kira-kira pukul 6 pagi ini waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Pegawai di wilayah itu memaklumkan, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca yang pecah kerana angin kencang.
Warga emas, Shigetoshi Morita, 70, yang memandu sebuah lori, dikhuatiri maut dalam satu kejadian tanah runtuh di Kagoshima.
Usaha mencarinya sedang giat dijalankan.
Selain itu, berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa serta domestik terpaksa ditunda dan dibatalkan.
Perkhidmatan kereta api turut terjejas.
Jabatan Meteorologi Jepun menjelaskan, dengan Continue reading