Category Archives: Jepun

Kebakaran besar di kilang besi dekat Lapangan Terbang Haneda

LAPANGAN Terbang Haneda pada April 2015. - Foto AFP

LAPANGAN Terbang Haneda pada April 2015. – Foto AFP

TOKYO: Satu kebakaran besar berlaku di kilang besi dan keluli berhampiran Lapangan Terbang Haneda, dekat Tokyo, awal pagi ini. Jurucakap jabatan bomba dan penyelamat berkata, kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan dan boleh dilihat dari jarak lima kilometer.

“Imej rakaman media tempatan menunjukkan asap tebal dan api menjulang ke udara. “Kebakaran pada mulanya berlaku di menara penyejukan setinggi dua meter sebelum merebak ke kawasan lain,” katanya. Kilang itu adalah milik pengeluar besi dan keluli gergasi Jepun, Nippon Steel & Sumitomo Metal. – AFP