Tag Archives: Anak

Anak panda pamer 100 peratus ciri asas panda

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melawat panda gergasi Xing Xing pada program Sambutan Hari Lahir ke-9 Xing Xing dan Liang Liang serta Perasmian Poskad Zoo Negara di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara hari ini. 
Turut hadir Menteri Besar Selangor Azmin Ali (dua dari kiri), Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif (kiri) dan Pengarah Zoologi Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Dr Mat Naim Ramli (dua dari kanan). - FotoBERNAMA

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melawat panda gergasi Xing Xing pada program Sambutan Hari Lahir ke-9 Xing Xing dan Liang Liang serta Perasmian Poskad Zoo Negara di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara hari ini. 
Turut hadir Menteri Besar Selangor Azmin Ali (dua dari kiri), Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif (kiri) dan Pengarah Zoologi Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Dr Mat Naim Ramli (dua dari kanan). – FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak panda yang belum diberikan nama kini sudah menampakkan 100 peratus ciri-ciri asas panda apabila sudah berbulu dan menampakkan tompokan hitam. Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Dr Mat Naim Ramli, berkata pertumbuhan bulu hitam dan putih pada badan anak panda gergasi itu semakin lebat dan sihat.

“Semenjak tiga hari yang lalu, badan anak panda sudah mula mempamerkan tompokan hitam di setiap sempadan yang sepatutnya iaitu di bahagian mata, telinga, bahu, dada, kaki dan tapak kakinya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Majlis Hari Lahir Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang kali ke-9 di sini, hari ini. Menurut Dr Mat Naim, anak panda yang berusia 15 hari itu masih buta dan kini kurang mengeluarkan bunyi apabila diasingkan daripada Liang Liang. Continue reading »

Juruteknik mengaku tak bersalah rogol anak

Rogol

Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya.

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalam Continue reading »