Tag Archives: Bangkok

Lagi bom dijumpai

Gambar bertarikh kelmarin memaparkan papan iklan tertera lakaran wajah suspek penyerang di Kuil Erawan, tengah Bangkok.Polis Thai menghadapi kesukaran memburu suspek berikutan masalah banyak CCTV yang tidak berfungsi di ibu negara. – AFP

BANGKOK 24 Ogos – Polis Thailand hari ini menemukan sebutir bom di dalam sebuah rumah di ibu negara ini dan mematikannya, seminggu selepas satu serangan letupan menyaksikan 20 orang terbunuh di t­engah Bangkok.

Komander Pasukan Ordinan Bahan Letupan Polis, Kamthorn Aucharoen berkata, pihaknya menerima laporan petang ini tentang penemuan bom itu di Pangspauri Sukhumvit 81.

“Kami menjumpai bom ber­kenaan di dalam sebuah rumah milik seorang buruh.

“Kami telah mematikan bom itu dan akan memusnahkannya,’’ katanya kepada Reuters.

Dalam perkembangan berkaitan, Continue reading »

Letupan bom di Bangkok: Dua rakyat Malaysia antara yang terkorban

BANGKOK 17 August 2015. Pihak berkuasa Thailand yang terdiri dari anggota Polis, Askar dan pasukan Forensik membuat pemeriksaan setiap tempat mengenal pasti punca letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 25 cedera dalam letupan besar di tengah Bangkok. NSTP/Aizuddin Saad

BANGKOK: Dua rakyat Malaysia antara yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok, malam tadi, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera. Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand. Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok. Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu. Sehingga jam 9.30 malam waktu tempatan, Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengesahkan seramai 82 orang cedera. Angka itu diperoleh dari 15 buah hospital di sekitar Bangkok. Bagaimanapun, ia tidak dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh. Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada tahun 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada tahun 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

BANGKOK 17 August 2015. Pihak berkuasa Thailand yang terdiri dari anggota Polis, Askar dan pasukan Forensik membuat pemeriksaan setiap tempat mengenal pasti punca letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 25 cedera dalam letupan besar di tengah Bangkok. NSTP/Aizuddin Saad

BANGKOK 17 August 2015. Pihak berkuasa Thailand yang terdiri dari anggota Polis, Askar dan pasukan Forensik membuat pemeriksaan setiap tempat mengenal pasti punca letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 25 cedera dalam letupan besar di tengah Bangkok. NSTP/Aizuddin Saad

Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Continue reading »