Tag Archives: Binatang

Nafsu binatang, rogol anak sejak 6 tahun

Bapa berusia 42 tahun ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, untuk mendapat perintah tahanan reman

Bapa berusia 42 tahun ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, untuk mendapat perintah tahanan reman

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga Continue reading »