Tag Archives: Brunei

Pintu sempadan Malaysia – Brunei dilanjutkan sehingga 12 tengah malam

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak  pada sidang media selepas Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-19 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini. - Foto BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-19 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini. – Foto BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-19 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman di sini berkata, hubungan kedua-dua negara kini pada tahap amat baik dan selesa.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Brunei bersetuju untuk melanjutkan operasi di pintu masuk kedua-dua negara sehingga jam 12 tengah malam, berbanding jam 10 malam ketika ini.

Brunei katanya kini di peringkat akhir untuk menyerahkan empat helikopter Blackhawk terpakai kepada Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Brunei juga bersetuju untuk menyediakan kemudahan berkaitan di lebuh raya Pan Borneo yang dijangka siap pada tahun 2016.

Dari: Berita harian Malaysia