Tag Archives: Economi

Minggu yang sukar, diharungi juga

KDNK

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, negara melalui hari-hari yang mencabar. Pelbagai perkembangan berlaku. Ringgit dan pasaran saham mengalami penurunan, pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keputusan kewangan PETRONAS yang mencatatkan penyusutan. Bagaimanapun, perkembangan berkenaan bukan saja sentimen tempatan, tekanan juga dialami di peringkat serantau dan global, dan ia memang ‘menyakitkan’. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia dan bergerak ke hadapan dengan semua halangan ini, dibantu oleh asas-asas ekonomi negara yang masih amat utuh.

Tiada tambatan, tiada kawalan modal, sebagaimana pendapat beberapa ahli ekonomi bahawa institusi kewangan kukuh dengan penampan rizab asing yang mencukupi dan tumpuan adalah untuk menangani masalah asas. Jaminan yang diberikan oleh kerajaan untuk menangani keadaan semasa yang telah memberi kesan kepada mata wang tempatan, untuk memastikan ekonomi yang stabil, disambut baik kerana terdapat keperluan ini untuk memulihkan keyakinan pelabur dan menolak persepsi negatif tentang negara ini. Apa lagi dengan Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun ini dan akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) minggu depan.

Malaysia juga perlu mengekalkan semangat untuk Continue reading »

Kerajaan ambil langkah pertahankan ringgit – Mustapa

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Foto Aizuddin Saad

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah untuk mempertahan ringgit, sekali gus menangani impaknya terhadap industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah ini akan diambil bagi membantu usahawan tempatan, terutama Bumiputera yang terjejas akibat kedudukan ekonomi yang tidak menentu.

“Melihat kembali kepada krisis kewangan 1997-1998, kerajaan sememangnya memberi bantuan kepada PKS dan usaha ini akan diteruskan,” katanya pada sesi dialog mengenai pasaran eksport dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Sesi dialog yang dihadiri oleh 78 syarikat berprestasi tinggi (TeraS) pelbagai sektor itu, dianjurkan sempena sesi jaringan bersama-sama syarikat tersebut hari ini.

Sementara itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memperuntukkan RM120 juta untuk menjayakan tiga program kolaborasi bersama Continue reading »