Tag Archives: Facebook

Jerman arah Facebook patuhi undang-undang

FB

BERLIN 29 Ogos – Laman sosial Facebook perlu mematuhi undang-undang Jerman yang melarang penyebaran sentimen perkauman, meskipun perkara itu dibenarkan di Amerika Syarikat (AS) di bawah kebebasan bersuara.

Menteri Kehakiman Jerman, Heiko Maas berkata, Facebook tidak banyak bertindak bagi mencegah pos yang berunsur perkauman dan kebencian dalam platform media sosialnya dan Jerman tidak akan bertolak ansur kepada ungkapan seperti itu dan menjangkakan syarikat berpangkalan di AS tersebut akan lebih berhati-hati.

“Satu perkara yang jelas, sekiranya Facebook mahu beroperasi di Jerman, maka mereka perlu patuh dengan undang-undang Jerman.

“Tidak timbul soal kami, atas sebab sejarah, memberi tafsiran yang ketat berhubung kebebasan bersuara berbanding di Amerika.

“Menafikan holocaust dan menghasut kebencian kaum adalah satu jenayah di Jerman dan perkara itu tidak terkecuali, sekiranya dimuat naik di Facebook atau diucapkan di hadapan orang awam di dataran pasar raya,” tegas Maas.

Maas menyerahkan sepucuk surat kepada pengarah dasar awam Facebook, Richard Allan di Dublin dan berkata, beliau menerima ba­nyak aduan daripada pengguna yang menyuarakan bantahan mereka terhadap status dan pos yang berunsur perkauman diabaikan oleh syarikat berkenaan.

Beliau mencadangkan satu pertemuan diadakan dengan Continue reading »

Pendiri Facebook Mengaku Bahagia Menikahi Gadis Indonesia

Eduardo Saverin dan sang istri yang berasal dari Indonesia.

Eduardo Saverin dan sang istri yang berasal dari Indonesia.

BANGKAPOS.COM, SINGAPURA– Salah satu pendiri Facebook, Eduardo Saverin, mengakhiri spekulasi rencana pernikahannya dengan seorang gadis berusia 31 tahun asal Indonesia bernama Elaine Andriejanssen yang tinggal di Singapura.

Melalui posting-an status di Facebook-nya, Minggu (26/7/2015), Saverin mengumumkan bahwa dia telah menikahi Elaine, tepatnya sebulan yang lalu pada tanggal 27 Juni 2015.

“Saya sangat gembira dan bersyukur dapat menikahi cinta dalam hidup saya. Saya mempersiapkan diri untuk membangun sebuah keluarga, juga memberikan waktu dan tenaga kita untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Saya akan bangun setiap pagi dengan senyum menghiasi bibir saya karena sosok istri saya Elaine yang cantik, cerdas, dan sangat peduli,” tulis Saverin di akun Facebook-nya.

Saverin juga menuliskan status tersebut dalam bahasa Portugis yang merupakan bahasa yang dipakai di kampung halamannya, Brasil.

Taipan berumur 33 tahun itu hidup di Singapura sejak 2009. Pada 2011, dia melepas kewarganegaraan AS yang dimilikinya, yang diduga merupakan upaya menghindari pajak, seusai pelemparan saham perdana Facebook ke lantai bursa.

Menurut keterangan yang dihimpun kontributor Continue reading »

Waspada ubat tidak berdaftar di laman sosial – Jabatan Farmasi

 elakkan

KOTA BHARU: Waspada dengan penjualan ubat tidak berdaftar dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan harga yang murah menerusi laman sosial Facebook. Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan Mohammad Aswady Adenan yang memberi peringatan itu berkata, kaedah perniagaan online atau dalam talian menjadi medium kumpulan peniaga yang ingin meraih keuntungan mudah.

Beliau berkata, jika dahulu kumpulan ini menggunakan kawasan kaki lima dan pasar malam untuk menjual ubat tidak berdaftar, namun sekarang skripnya nyata berbeza apabila mereka menumpukan kaedah perniagaan secara dalam talian. “Kaedah perniagaan online digunakan kerana kumpulan ini merasakan aktiviti mereka tidak dapat dikesan anggota penguatkuasa selain merasakan ia lebih selamat kerana kebanyakan mereka ini beroperasi di rumah.

“Kumpulan peniaga ini juga semakin berani Continue reading »

F