Tag Archives: Jepun

Seorang hilang, 50 cedera Taufan Goni landa Jepun

Tiang elektrik tumbang akibat angin kencang dibawa Taufan Goni di bandar Kamimine, wilayah Saga, Jepun, semalam. REUTERS

Tiang elektrik tumbang akibat angin kencang dibawa Taufan Goni di bandar Kamimine, wilayah Saga, Jepun, semalam. REUTERS

TOKYO 25 Ogos – Seorang warga emas dikhuatiri maut, manakala 50 yang lain cedera apabila Taufan Goni melanda Jepun hari ini selepas meragut 26 nyawa di utara Filipina beberapa hari lepas.

Menurut Jabatan Meteorologi Jepun, taufan tersebut melanda wilayah Kumamoto di barat daya Jepun kira-kira pukul 6 pagi ini waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).

Pegawai di wilayah itu memaklumkan, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca yang pecah kerana angin kencang.

Warga emas, Shigetoshi Morita, 70, yang memandu sebuah lori, dikhuatiri maut dalam satu kejadian tanah runtuh di Kagoshima.

Usaha mencarinya sedang giat dijalankan.

Selain itu, berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa serta domestik terpaksa ditunda dan dibatalkan.

Perkhidmatan kereta api turut terjejas.

Jabatan Meteorologi Jepun menjelaskan, dengan Continue reading »

Helmet buatan Jepun dan China diuji dengan batang besi

Apabila anda membeli sesuatu yang akan memberi keutamaan kepada apa yang boleh dilihat itu? Kebanyakan orang harus paling mengambil berat semasa beli adalah harga barang dan juga keupayaan, bahan-bahan dan label yang lain

Manakala yang lain akan memberi perhatian khas kepada negara-negara pengeluar kerana kita juga umumnya bersetuju bahawa ada beberapa negara mengeluarkan barangan yang lebih berkualiti dan juga barang yang kurang kuality  tetapi kuality sebenar harus di uji kebenarannya.

Video yang akan ditunjukkan di bawah adalah salah satu dari dua orang yang kuat untuk mengambil batang besi untuk menguji dengan memukul dua topi kelandar (Helmat) yang  keras di buat dari negara berlainan. Hasli ujian ini memang……… anda akan tahu selepas menonton video yang di tunjukkan di bawah.

Video Ujian Helmet (topi keledar) buatan Jepun:

Selepas menonton buatan Jepun. Sila Teruskan menonton helmet buatan china:

Video Ujian Helmet (topi keledar) buatan China:

Selepas menonton apakah komen anda?

Sebelum beli barang keselamatan untuk diri sendiri. Fikirkanlah betul- betul, jangan sebabkan harga yang murah membahayakan nyawa anda.

Daripada Msian

Kebakaran besar di kilang besi dekat Lapangan Terbang Haneda

LAPANGAN Terbang Haneda pada April 2015. - Foto AFP

LAPANGAN Terbang Haneda pada April 2015. – Foto AFP

TOKYO: Satu kebakaran besar berlaku di kilang besi dan keluli berhampiran Lapangan Terbang Haneda, dekat Tokyo, awal pagi ini. Jurucakap jabatan bomba dan penyelamat berkata, kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan dan boleh dilihat dari jarak lima kilometer.

“Imej rakaman media tempatan menunjukkan asap tebal dan api menjulang ke udara. “Kebakaran pada mulanya berlaku di menara penyejukan setinggi dua meter sebelum merebak ke kawasan lain,” katanya. Kilang itu adalah milik pengeluar besi dan keluli gergasi Jepun, Nippon Steel & Sumitomo Metal. – AFP

F