Tag Archives: Kanak-Kanak

13 juta kanak-kanak tidak dapat sekolah akibat konflik Asia Barat

In this Thursday April 17, 2014 photo, Syrian children play under the heat of the midday sun at Zaatari refugee camp, near the Syrian border in Jordan. Life in this sprawling camp, Zaatari, is only getting harder for 130,000 residents, most of them fleeing fighting in south Syria. (AP Photo/Khalil Hamra)

KANAK-KANAK Syria bermain di bawah terek matahari di kem pelarian Zaatari dekat sempadan Syria di Jordan. – Foto AP

AMMAN: Lebih 13 juta kanak-kanak dinafikan hak pendidikan berikutan konflik di Asia Barat, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mengingatkan cita-cita generasi muda berkenaan akan musnah jika mereka tidak dapat kembali ke sekolah.

Dalam satu laporan mengenai kesan konflik terhadap sektor pendidikan di enam negara dan wilayah di rantau itu, Tabung Kemanusiaan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan lebih 8,850 sekolah tidak lagi boleh digunakan akibat aktiviti keganasan berkenaan.

Dalam laporan itu, ia memperincikan bahawa pelajar dan guru terpaksa Continue reading »

Keprihatinan elak kanak-kanak jadi mangsa rogol, jenayah seks

Kanak

Pihak sekolah juga berperanan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah. – Gambar hiasan

KITA maklum kanak-kanak secara umumnya bersifat rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri sendiri apabila berdepan keadaan bahaya. Mereka perlu dilindungi oleh orang dewasa. Oleh itu ibu bapa perlu bersikap lebih prihatin, mengambil tahu dan bersama menolong menjaga kanak-kanak walaupun mereka bukan anak atau ahli keluarga sendiri.

Ini bagi mengelak berlaku perkara yang boleh mencetuskan kerisauan kepada masyarakat. Kisah kanak-kanak 11 tahun yang melahirkan anak di Negeri Sembilan baru-baru ini menimbulkan banyak pertanyaan terutama apabila keadaan itu tidak diketahui keluarga.

Rahsia terdedah apabila pelajar Tahun Lima itu mengadu sakit perut dan ibunya membawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, khabar mengejutkan apabila doktor yang merawat memaklumkan kesakitan dialami kerana ingin melahirkan anak. Keluarga yang terkejut membuat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai jenayah rogol mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Keratan akhbar BH 6 Ogos 2015 mengenai jenayah terhadap kanak-kanak.

Keratan akhbar BH 6 Ogos 2015 mengenai jenayah terhadap kanak-kanak.

Kemudian, anak yang dilahirkan Continue reading »