Tag Archives: Kekasih

Tiga kali rogol kekasih bawah umur

Remaja

Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah dan akan dihantar ke penjara sementara sebutan bulan depan.

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umur di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh dari Lorong Pagar Jawa, Jalan Pengkalan Chepa, Simpang 3, di sini, didakwa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin pada tiga tuduhan merogol mangsa yang berusia 15 tahun.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di alamat rumah tertuduh iaitu pertama pada jam 11 pagi, 5 Ogos; kedua pada 9 pagi, 9 Ogos, manakala kali ketiga berlaku pada jam 3.30 petang, 12 Ogos, kesemuanya tahun 2015.

Dakwaan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Susulan penafian pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan yang diwakili Continue reading »

Lepas bunuh, lelaki menyamar jadi kekasih

Kekasih

BUSAN – KOREA SELATAN . Seorang lelaki menyamar menjadi teman wanitanya lebih dari dua minggu selepas membunuh gadis tersebut, lapor portal Metro.co.uk, semalam.

Menurut laporan, lelaki itu membunuh teman wanitanya selepas gadis itu meminta untuk mengakhiri perhubungan pasangan terbabit.

Lee, 24 mengaku membunuh Sunny Kim, 26, selepas dua minggu gadis tersebut dilaporkan hilang.
Sejak Kim dilaporkan hilang, Lee dikatakan menyamar sebagai Kim dan membalas setiap pesanan yang dihantar menerusi telefon bimbit mangsa.

Kakak mangsa yang tidak mahu dinamakan berkata, Lee mungkin meneliti perbualan terdahulu antara dia dan adiknya.

“Cara dia membalas mesej saya (dengan menggunakan telefon bimbit mangsa) sama seperti cara Kim membalas mesej saya.

“Mungkin dia sudah ‘selongkar’ mesej perbualan kami dan meniru cara Continue reading »