Tag Archives: Lemah

Faktor luaran punca ringgit lemah

RM

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kelemahan semasa ringgit yang disumbang terutamanya oleh faktor luar termasuk kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China, adalah sementara, kata pakar.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, Malaysia sangat bergantung kepada komoditi termasuk minyak mentah dan pada akhirnya kejatuhan mendadak harga akan memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan, sekali gus mendorong pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Ringgit hari ini ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS.

“Pada awalnya, ia (kejatuhan ringgit) tidak lebih daripada disebabkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kadar faedah. Langkah itu memperkukuh dolar AS namun kita menjadi lemah berbanding mata wang lain. Kemudian harga komoditi pula merosot yang memberi lebih tekanan kepada unit tempatan,” katanya.

Mengenai langkah untuk mengekang kemerosotan ringgit, Teng Siew berkata: “Biarkan sahaja ia melemah, dan mungkin faktor eksport dalam ekonomi akan mendapat manfaat daripada lebihan dagangan yang lebih kukuh. Dalam jangka panjang akan wujud satu bentuk penstabilan.”

Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, walaupun Continue reading »

F