Tag Archives: Malaysia

Pengakuan Para Sundal dari Indonesia dan Lainnya di Malaysia

Indonesia

Para pelacur belia dari berbagai negara di Malaysia.

Sundal atau pelacur atau dihaluskan secara aneh menjadi pekerja seks komersial (PSK) tak pernah benar-benar hilang di manapun.

Begitu juga di negeri berpenduduk mayoritas muslim seperti Indonesia, Malaysia hingga Uni Emirat Arab.

Pelacuran di Malaysia memang kenyataan lama, tetapi video ini menyoroti khusus prostitusi perempuan belia atau di bawah umur.

Artikel Berkaitan: Lelaki ‘cuba bersih dosa pelacur’ ditangkap

Hasil liputan ini mula-mula diunggah oleh video jurnalis berbasis di Kuala Lumpur, Rian Maelzer, setahun silam dan kemudian diunggah ulang pihak lain, juga di YouTube.

pelacur

Video menunjukkan beberapa “area merah” seperti Chow Kit dan Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Salah seorang pelacur yang direkam memakai Continue reading »

Tiga kali rogol kekasih bawah umur

Remaja

Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah dan akan dihantar ke penjara sementara sebutan bulan depan.

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umur di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh dari Lorong Pagar Jawa, Jalan Pengkalan Chepa, Simpang 3, di sini, didakwa di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin pada tiga tuduhan merogol mangsa yang berusia 15 tahun.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di alamat rumah tertuduh iaitu pertama pada jam 11 pagi, 5 Ogos; kedua pada 9 pagi, 9 Ogos, manakala kali ketiga berlaku pada jam 3.30 petang, 12 Ogos, kesemuanya tahun 2015.

Dakwaan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Susulan penafian pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan yang diwakili Continue reading »

Anak panda pamer 100 peratus ciri asas panda

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melawat panda gergasi Xing Xing pada program Sambutan Hari Lahir ke-9 Xing Xing dan Liang Liang serta Perasmian Poskad Zoo Negara di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara hari ini. 
Turut hadir Menteri Besar Selangor Azmin Ali (dua dari kiri), Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif (kiri) dan Pengarah Zoologi Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Dr Mat Naim Ramli (dua dari kanan). - FotoBERNAMA

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melawat panda gergasi Xing Xing pada program Sambutan Hari Lahir ke-9 Xing Xing dan Liang Liang serta Perasmian Poskad Zoo Negara di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara hari ini. 
Turut hadir Menteri Besar Selangor Azmin Ali (dua dari kiri), Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif (kiri) dan Pengarah Zoologi Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Dr Mat Naim Ramli (dua dari kanan). – FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak panda yang belum diberikan nama kini sudah menampakkan 100 peratus ciri-ciri asas panda apabila sudah berbulu dan menampakkan tompokan hitam. Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Dr Mat Naim Ramli, berkata pertumbuhan bulu hitam dan putih pada badan anak panda gergasi itu semakin lebat dan sihat.

“Semenjak tiga hari yang lalu, badan anak panda sudah mula mempamerkan tompokan hitam di setiap sempadan yang sepatutnya iaitu di bahagian mata, telinga, bahu, dada, kaki dan tapak kakinya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Majlis Hari Lahir Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang kali ke-9 di sini, hari ini. Menurut Dr Mat Naim, anak panda yang berusia 15 hari itu masih buta dan kini kurang mengeluarkan bunyi apabila diasingkan daripada Liang Liang. Continue reading »

Bot karam: 19 warga Indonesia yang terselamat direman 14 hari

MANGSA bot karam yang berjaya diselamatkan dibawa ke markas utama mencari dan menyelamat (SAR) di Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam. - Foto Shahril Badri Saili

MANGSA bot karam yang berjaya diselamatkan dibawa ke markas utama mencari dan menyelamat (SAR) di Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam. – Foto Shahril Badri Saili

KUALA SELANGOR: Seramai 19 warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam di Perairan Hutan Melintang, awal pagi semalam, ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini. Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah berkenaan bagi membolehkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: BH Online

Nama Malaysia 
Airlines kekal

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Jenama Malaysia Airlines atau singkatannya MAS tetap dikekalkan, setelah syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd. (MAB) menerima Sijil Operator Udara (AOC) yang mengambil alih peranan daripada Malaysian Airline System Bhd. sebagai syarikat penerbangan negara, mulai esok.

MAS

Utusan Malaysia difahamkan, jenama MAS akan dikekalkan buat masa ini sehingga penjenamaan semula dilancarkan. Namun difahamkan juga sebarang tarikh untuk penjenamaan semula masih belum dapat dipastikan.

Pada Jumaat lalu, MAB telah menerima AOC daripada Jabatan Penerbangan Awam yang membolehkan MAB memulakan operasi dengan jenama MAS bermula 1 September 2015.

Kelayakan penerimaan sijil itu memerlukan MAB melalui beberapa aktiviti audit termasuklah operasi penerbangan, penyelenggaraan pesawat serta pematuhan peraturan

Bermula esok, MAB akan dikepalai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller yang telah dilantik untuk menyertai MAS sejak Mei lalu.

Pada 1 Jun lalu, Mueller membayangkan bahawa persepsi buruk terhadap Continue reading »

Rogol anak saudara tiri

Rogol
SUBANG JAYA – Seorang lelaki layak digelar binatang apabila tergamak merogol anak saudara tirinya.

Perbuatan itu terbongkar selepas ibu mangsa membaca kandungan perbualan mesej di antara suspek dan anak gadisnya di laman aplikasi Whatsapp telefon bimbit milik anaknya.

Dalam kejadian 21 Julai lalu, mangsa berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah kolej sebelum itu dicabul dalam kereta oleh suspek berusia 29 tahun.

Suspek dikenali sebagai ‘abang boy’ mencabul kehormatan gadis itu ketika mangsa tertidur dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, mangsa menegur perbuatan bapa saudara tirinya itu sebelum kembali tidur dalam kereta jenis Honda Vitec dipandu suspek.

Sebaik terjaga kira-kira jam 6 pagi, mangsa terkejut dibawa ke sebuah pangsapuri di Saujana Puchong dan dipaksa naik ke tingkat  dua.

Ketika berada di dalam bilik, suspek menolak mangsa ke katil dan merogolnya. Mangsa cuba menjerit namun suspek menutup mulutnya dengan tangan.

Suspek mengugut supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Bersatu kira-kira jam 7.30 pagi hari yang sama.

Tidak cukup dengan perbuatan keji dilakukan, suspek mengajak mangsa bertemu dan meminta wang sebanyak RM500 daripada mangsa untuk membaiki kereta, seminggu selepas kejadian berlaku.

Selepas kejadian, mangsa berasa tidak selesa dan Continue reading »

Kurangkan aktiviti di luar semasa jerebu

Jerebu

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) — Berikutan keadaan berjerebu yang berada pada paras tidak sihat di negeri ini, orang ramai dinasihat agar mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata, keadaan berjerebu di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap udara tidak sihat.

“Masalah berjerebu yang melanda negeri ini disebabkan pembakaran terbuka aktiviti penanaman padi di Kalimantan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata setakat ini tidak ada sebarang tompok panas dikesan di Sarawak dan jerebu yang berlaku di negeri ini disebabkan asap yang melintasi sempadan akibat pembakaran terbuka di Kalimantan Barat.

Sehubungan itu, Dr Jerip menasihati orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit asma supaya berada di dalam rumah atau memakai penutup mulut dan hidung.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar minum banyak air.

— BERNAMA

Pasaran perumahan Malaysia amat tidak mampu dimiliki – KRI

Rumah

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berpandangan wujud keperluan mengurangkan ketidakcekapan dalam bekalan perumahan semasa dan campur tangan agar pembekal lebih anjal untuk bertindak balas terhadap keperluan semua segmen dalam populasi. Pengarah Urusan, Datuk Charon Mokhzani, berkata kumpulan isi rumah berpendapatan sederhana tidak layak sama ada untuk perumahan rakyat atau yang dibekalkan oleh sektor swasta.

“Justeru dasar harus ditambah baik bagi meningkatkan keanjalan dalam bekalan perumahan dan menjadikannya lebih responsif terhadap keperluan semua bahagian dalam populasi,” katanya pada pelancaran makalah terbitan institut ‘Making Housing Affordable’ (Menjadikan Perumahan Mampu Dimiliki), di sini hari ini. Penerbitan itu dilancar oleh Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Charon berkata, dengan menggunakan ukuran yang Continue reading »

Penduduk Pulau Mantanani perlu klinik kesihatan

KK

KOTA KINABALU – Penduduk dua buah kampung di Pulau Mantanani, Kota Belud, menggesa kerajaan membina sebuah klinik kesihatan di pulau itu bagi kemudahan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan terbaik.

Terdapat dua kampung di pulau itu — Kampung Pulau Mantanani dan Kampung Siring Bukit yang dihuni lebih 1,000 penduduk.

Ketika ini penduduk di pulau tersebut terpaksa menggunakan bot dari Pulau Mantanani ke Pengkalan Abai, bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud.

Pulau Mantanani yang terletak di perairan pantai barat Sabah mengambil masa kira-kira satu jam 45 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Usukan, Kota Belud.

Ketua Kampung Pulau Mantanani, Mohd Tahir Ismawil, 44, berkata, permohonan untuk mendapatkan kemudahan itu telah dibuat sejak beberapa tahun lalu.

“Permohonan itu sudah dibuat sebelum Continue reading »

Tiga sekawan dituduh cuba rogol berkumpulan

Tertuduh dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam.

Tertuduh dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut sebuah pusat kemahiran, di sini, bersama dua lagi rakannya masing-masing bawah umur dan masih bersekolah berdepan pertuduhan melakukan cubaan rogol dalam kejadian 12 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 18, 17, dan 16 tahun didakwa melakukan percubaan rogol berkumpulan terhadap seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun di kawasan belukar di Zon Anggerik, Bandar Amanjaya, antara jam 9.45 malam hingga 2.30 pagi.

Disebabkan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 375B.

Manakala bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara yang tidak lebih daripada setengah tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hasnurliza Mohd Radzi.

Dalam pada itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shukriah Sulaiman merayu tertuduh diberi jaminan rendah memandangkan masih belajar.

Hakim Vijayalakshmi Muthusamy bagaimanapun membenarkan Continue reading »

F