Tag Archives: Mangsa

Bantu mangsa penderaan, seks

Mangsa

GEORGETOWN – Selebriti terkenal, Sarimah Ibrahim menggesa orang ramai supaya membantu wanita yang menjadi mangsa penderaan dan seks.

Sarimah yang juga Duta Pusat Kesedaran Wanita (WCC) berkata, keganasan terhadap wanita bukan sahaja dalam bentuk seks, tetapi juga termasuk penderaan emosi dan kewangan.

Menurutnya, penderaan itu juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

“Selama 30 tahun,  WCC sudah banyak membantu mangsa penderaan ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pameran ‘My Story, My Strength: Doodle for Change’ di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Dalam pada itu, Continue reading »

Keprihatinan elak kanak-kanak jadi mangsa rogol, jenayah seks

Kanak

Pihak sekolah juga berperanan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah. – Gambar hiasan

KITA maklum kanak-kanak secara umumnya bersifat rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri sendiri apabila berdepan keadaan bahaya. Mereka perlu dilindungi oleh orang dewasa. Oleh itu ibu bapa perlu bersikap lebih prihatin, mengambil tahu dan bersama menolong menjaga kanak-kanak walaupun mereka bukan anak atau ahli keluarga sendiri.

Ini bagi mengelak berlaku perkara yang boleh mencetuskan kerisauan kepada masyarakat. Kisah kanak-kanak 11 tahun yang melahirkan anak di Negeri Sembilan baru-baru ini menimbulkan banyak pertanyaan terutama apabila keadaan itu tidak diketahui keluarga.

Rahsia terdedah apabila pelajar Tahun Lima itu mengadu sakit perut dan ibunya membawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, khabar mengejutkan apabila doktor yang merawat memaklumkan kesakitan dialami kerana ingin melahirkan anak. Keluarga yang terkejut membuat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai jenayah rogol mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Keratan akhbar BH 6 Ogos 2015 mengenai jenayah terhadap kanak-kanak.

Keratan akhbar BH 6 Ogos 2015 mengenai jenayah terhadap kanak-kanak.

Kemudian, anak yang dilahirkan Continue reading »

Warga Bangladesh diculik berjaya diselamatkan

bangladesh_kena_culik

SEORANG warga Bangladesh yang diculik rakan senegara, kemudian dikurung seperti binatang diselamatkan polis di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam. Gambar – Utusan Online

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sindiket penculikan pekerja asing yang didalangi rakan senegara di negara ini tidak pernah berakhir kerana ada sahaja kes terbaharu yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang warga Bangladesh diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket itu setelah diculik dan dikurung seperti binatang selama empat hari oleh rakan senegaranya.

Mangsa yang berusia 20-an dan bekerja di sebuah kilang di Ra­wang, Selangor itu dipercayai diculik enam lelaki Bangladesh sejurus dia tiba di KL Sentral Sabtu lalu.

Dia difahamkan diperdayakan oleh seorang rakannya untuk berjalan-jalan sekitar ibu negara tetapi bernasib malang apabila diculik dan dikurung di sebuah kondominium di Jalan Ipoh.

Sumber berkata, mangsa telah dikurung selama lima hari dan diperlakukan seperti binatang de­ngan dipukul tanpa henti oleh rakan senegaranya.

Katanya, mangsa juga diculik untuk mendapatkan wang tebusan dari keluarganya di Bangladesh dan jika tiada wang diberikan, mangsa berkemungkinan dibunuh.

“Keluarga mangsa di Bangladesh telah dihubungi suspek dan mereka yang bimbang dengan keselamatan mangsa telah menjual tanah apabila kumpulan terbabit meminta wang sejumlah RM50,000. “

Keluarga mangsa hanya mampu menyediakan RM25,000 untuk dimasukkan ke dalam satu akaun bank seperti yang diminta suspek,” katanya kepada Utusan Malaysia. Continue reading »