Tag Archives: Maut

15 maut, 40 cedera nahas bas di bandar peranginan Brazil

ORANG ramai menolong mangsa yang cedera dalam nahas bas di Paraty. - Foto AFP

ORANG ramai menolong mangsa yang cedera dalam nahas bas di Paraty. – Foto AFP

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 15 maut, manakala 40 lagi cedera dalam nahas bas di Paraty, sebuah bandar peranginan terkenal di Brazil.

Nahas berlaku di lebuh raya menuju ke Paraty, di negeri Ria de Janeiro berdekatan kawasan pesisir pantai Trinidade.

Media tempatan melaporkan, kemalangan berlaku di kawasan cerun yang terkenal sebagai laluan yang kerap berlaku kemalangan atau dalam bahasa Portugis tempatan sebagai laluan “God Help Me Hill.”

Nahas berlaku ketika warga Brazil Continue reading »

8 maut banjir di Turki

PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. - Foto AP

PENDUDUK melihat banjir di Artvin. Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang. – Foto AP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang semalam akibat banjir di wilayah timur laut Laut Hitam, Artvin, Turki, menurut pihak berkuasa. Gabenor Artvin, Kemal Cirit dipetik agensi berita DHA sebagai berkata, sekurang-kurangnya tiga daripada kematian itu disebabkan sebuah rumah runtuh di pekan Hopa.

Gambar televisyen menunjukkan keadaan huru-hara ketika air sungai melimpahi tebing dan mengalir deras di jalan raya, memerangkap kereta dan bas. Wilayah Artvin bersempadan dengan Georgia, terkenal dengan paras hujan tinggi dan sering dilanda banjir. – AFP

11 maut pesawat terhempas ketika pertunjukan udara

LETUPAN yang besar kelihatan apabila pesawat vintaj tentera tahun 1950-an Hawker Hunter, terhempas di atas jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighton. - Foto EPA

LETUPAN yang besar kelihatan apabila pesawat vintaj tentera tahun 1950-an Hawker Hunter, terhempas di atas jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighton. – Foto EPA

LONDON: Seramai 11 orang maut apabila sebuah pesawat vintaj tentera terhempas di atas jalan raya yang sibuk berdekatan kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England, kata polis, hari ini.

Tujuh kematian sudah disahkan selepas pesawat Hawker Hunter yang direka pada 1950-an, gagal membuat aksi dan terhempas di atas jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighton pada Sabtu.

Nahas berkenaan menyebabkan percikan api dan disusuli asap tebal serta hitam ke udara manakala gambar selepas kejadian menunjukkan beberapa kenderaan turut terbakar.

Juruterbang pesawat Hawker Hunter, yang bertugas di British Airways, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.

PASUKAN kecemasan dan pegawai penyiasat di tapak di mana jet pejuang Hawker Hunter terhempas ke jalan raya yang sibuk berdekatan kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England. - Foto REUTERS

PASUKAN kecemasan dan pegawai penyiasat di tapak di mana jet pejuang Hawker Hunter terhempas ke jalan raya yang sibuk berdekatan kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England. – Foto REUTERS

Sementara itu, antara mereka yang terkorban dalam Continue reading »