Tag Archives: MH370

MH370: Malaysia hantar pasukan teknikal ke Maldives

PUTRAJAYA, 6 Ogos -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media berhubung penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion minggu lalu disahkan milik pesawat MH370, di kementeriannya di Putrajaya, Khamis. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 6 Ogos — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media berhubung penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion minggu lalu disahkan milik pesawat MH370, di kementeriannya di Putrajaya, Khamis. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar pasukan ke Maldives bagi meneliti serpihan yang ditemui di pulau itu dan membuat pemeriksaan awal sama ada ia adalah sebahagian daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia sudah pun menerima makluman rasmi mengenai penemuan serpihan berkenaan daripada Lembaga Penerbangan Awam Maldives dan ketika ini, tiada sebarang pengesahan dibuat mengenainya.

Sumber: BH Online