Tag Archives: Pesawat

Boeing serah 2 pesawat 737-900ER generasi akan datang kepada Sriwijaya Air

boeing-737-900

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Boeing berjaya menyerahkan dua pesawat 737–900ER (Extended Range) Generasi Akan Datang, kapal terbang serba baharu pertama untuk Sriwijaya Air, syarikat penerbangan ketiga terbesar Indonesia.

Syarikat penerbangan yang berpusat di Jakarta itu kini beroperasi menggunakan kumpulan pesawat Boeing 737 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan ke destinasi di Indonesia dan beberapa bandar raya antarabangsa.

Boeing 737–900ER merupakan pesawat terbaharu dalam barisan pesawat syarikat, menawarkan kapasiti tertinggi dan kos perbatuan tempat duduk paling rendah dalam barisan pesawat satu lorong Boeing, kata Boeing dalam satu kenyataan di sini.

Pesawat baharu 737–900ERs akan membolehkan Continue reading »

Bangkai ATR42-300 ditemui berasap

Indonesia

Jayapura, Indonesia: Pesawat pencari menemui bangkai pesawat ATR42-300 milik Trigana Air Service dalam hutan di timur Papua dengan asap masih berkepul daripada pesawat berkenaan, pagi ini.

Namun, nasib 54 penumpang termasuk lima anak kapal dalam pesawat berkenaan belum diketahui kerana anggota pasukan penyelamat belum dapat memasuki lokasi pesawat itu yang terhempas semalam, dalam hutan tebal di kawasan pergunungan, 12 kilometer 12 dari Oksibil.

Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukannya sedang membuat persiapan memasuki

kawasan nahas melalui udara dan jalan darat.

“Asap masih keluar dari pesawat itu ketika ia dikesan pesawat pencari,” Continue reading »

Pesawat Indonesia terputus perhubungan

indonesia_terbang_hilang

JAKARTA: Sebuah pesawat domestik Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Memetik laporan Reuters, Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo memaklumkan pihak berkuasa telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan.

“Terputus hubungan dengan kapal terbang,” kata ketua BASARNAS Bambang Soelystyo kepadaReuters melalui telefon.

Memetik akaun Twitter rasmi BASARNAS, pesawat tersebut merupakan pesawat milik Trigana Air penerbangan TGN267 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew.

Memetik portal berita Detik.com, krew terdiri daripada seorang pilot (Hasanudin), seorang flight officer (Ariadin), dua pramugari (Ika dan Ditta) dan seorang mekanik (Mario).

Menurut laporan, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan.
ATR42
Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.

Pesawat terbabit adalah jenis twin turboprop model ATR 42-300 yang dihasilkan sejak awal 1980an hingga 1996.

Menurut FlightRadar24, pesawat terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan pengesanan satelit ADS-B.

Daripada: astroawani.com