Tag Archives: Ringgit

Ringgit pada 4.26 berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS. - Foto hiasan

RINGGIT dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah di bawah paras 4.26 berbanding dolar AS berikutan kurang minat belian terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah kelembapan sentimen terhadap China.

Pada pembukaan, ringgit disebut harga pada 4.2610/2660 berbanding dolar AS daripada 4.2475/0415 pada penutupan dagangan semalam. Kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China yanga menyederhana lebih cepat daripada jangkaan, terus memberi impak kepada pasaran global, katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga dibuka rendah. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0275 daripada 3.0143/0229 pada Isnin dan turun berbanding yen pada 3.5831/5879 daripada 3.5295/5390 semalam.

Ringgit juga susut berbanding pound sterling kepada 6.7158/7262 daripada 6.6876/7042 dan susut berbanding euro kepada 4.9330/9396 daripada 4.8826/8950 semalam. – BERNAMA

Ringgit dijangka terus tertekan minggu depan

RM

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus tertekan minggu depan dan mungkin menguji tahap 4.20 kepada dolar AS, menurut bank komersial. Hong Leong Bank, dalam laporan penyelidikan mingguannya, menyatakan ringgit akan terus didominasi oleh prestasi dolar minggu depan. “Melainkan ada kelemahan ketara dolar, kami berpendapat lebih selamat untuk mengunjurkan ringgit masih menghadapi tekanan. Ia mungkin dicabar pada paras 4.25 minggu depan,” menurutnya.

Bagaimanapun, bank itu menyatakan pasangan dolar-ringgit terlebih beli dan menunjukkan tanda-tanda tidak mampu lagi bertahan dan akan mencatat kedudukan yang berbeza jika berlaku pengukuhan ringgit. Sementara itu, Standard Chartered Bank, dalam laporan terkininya juga menjangkakan ringgit akan terus menyusut. “Walaupun semua faktor negatif sudah pun diambil kira, kami menjangkakan peningkatan dolar-ringgit daripada paras semasa. “Kami menjangkakan dolar-ringgit dipacu oleh tiga faktor utama dalam jangka pendek iaitu impak kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan, potensi pengaliran keluar portfolio dan respons Bank Negara Malaysia mengenai penyusutan mata wang tempatan,” menurutya.

Dari segi aliran, bank menjangkakan berlaku Continue reading »

Najib yakin ringgit kembali kukuh

NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-yakin-ringgit-kembali-kukuh-1.126808#sthash.zd6sCZJh.dpuf

NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-yakin-ringgit-kembali-kukuh-1.126808#sthash.zd6sCZJh.dpuf

PUTRAJAYA 20 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis nilai ringgit akan kembali melantun berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh, selain bergantung kepada faktor luaran lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, orang ramai mahu melihat tindakan kerajaan dalam jangka masa pendek kepada situasi semasa ringgit.

Menurut Najib, satu sesi perbincangan bersama pakar dan peng­analisis ekonomi yang berlangsung semalam dan mereka menyimpulkan nilai ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Beliau turut menggalakkan Continue reading »

Ringgit sepatutnya 3.70 berbanding dolar AS – Nazir Razak

KUALA LUMPUR 20 August 2015. Speakers, Chairman CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak during South-East Asia Summit 2015 at The Westin Kuala Lumpur. NSTP/ Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR 20 August 2015. Speakers, Chairman CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak during South-East Asia Summit 2015 at The Westin Kuala Lumpur. NSTP/ Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Ringgit sepatutnya didagangkan sekitar 3.70 berbanding dolar AS berdasarkan asas-asas semasa namun sentimen pelabur menggeluncurkan mata wang tempatan melangkaui paras itu, kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak. Katanya, penganalisis bank menjangka berdasarkan wajaran dagangan baru-baru ini, pergerakan ringgit sepatutnya berlegar pada paras 3.70 (untuk satu dolar AS). “Jika pakar ekonomi kita betul, wujud pengurangan nilai sekitar 10 peratus yang berkemungkinan disebabkan oleh sentimen,” katanya pada Sidang Kemuncak Majalah The Economist Asia Tenggara, di sini, hari ini.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.1350/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1090 semalam. Nazir berkata, seperti krisis ekonomi lain, adalah amat penting situasi itu diselidik dengan sebaik-baiknya agar ia dapat ditangani dengan dasar yang betul. Continue reading »

Ringgit ditutup rendah

RM

KUALA LUMPUR: Ringgit yang mencatat kenaikan pada awal sesi dagangan hari ini ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan harga minyak mentah turun semula, kata peniaga. Pada 5 petang, ringgit disebut pada 4.1040/1090 berbanding dolar AS daripada 4.0860/0920 semalam. “Ringgit dibuka lebih tinggi pada pagi ini, mencecah 4.0780 pada awal dagangan, bagaimanapun penurunan harga minyak mentah mengubah minat dagangan bagi unit tempatan itu,” katanya peniaga. Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 20 cents kepada US$42.42 setong manakala Brent yang didagangkan di peringkat antarabangsa susut 10 cents kepada AS$48.71 setong.

Peniaga berkata, spekulator menggunakan penurunan harga minyak mentah sebagai alasan untuk menjual ringgit, dengan mendakwa Malaysia sebagai pengekspot minyak bersih. Katanya, data tempatan mengenai harga pengguna, yang meningkat 3.3 peratus pada Julai dari setahun sebelum itu, tidak banyak memberi kesan kepada ringgit hari ini. “Pasaran mengalami kekurangan pembeli dan penjual. Kemungkinan ringgit akan masih kekal tidak menentu pada sekitar 4.1. “Pembetulan pada ringgit, jika berlaku, mungkin tidak kekal lama memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka menaikkan kadar faedah bulan depan, justeru itu, ia adalah peluang yang tinggi untuk dolar terus mencatat momentum meningkat,” katanya. Continue reading »

Minggu yang sukar, diharungi juga

KDNK

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, negara melalui hari-hari yang mencabar. Pelbagai perkembangan berlaku. Ringgit dan pasaran saham mengalami penurunan, pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keputusan kewangan PETRONAS yang mencatatkan penyusutan. Bagaimanapun, perkembangan berkenaan bukan saja sentimen tempatan, tekanan juga dialami di peringkat serantau dan global, dan ia memang ‘menyakitkan’. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia dan bergerak ke hadapan dengan semua halangan ini, dibantu oleh asas-asas ekonomi negara yang masih amat utuh.

Tiada tambatan, tiada kawalan modal, sebagaimana pendapat beberapa ahli ekonomi bahawa institusi kewangan kukuh dengan penampan rizab asing yang mencukupi dan tumpuan adalah untuk menangani masalah asas. Jaminan yang diberikan oleh kerajaan untuk menangani keadaan semasa yang telah memberi kesan kepada mata wang tempatan, untuk memastikan ekonomi yang stabil, disambut baik kerana terdapat keperluan ini untuk memulihkan keyakinan pelabur dan menolak persepsi negatif tentang negara ini. Apa lagi dengan Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun ini dan akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) minggu depan.

Malaysia juga perlu mengekalkan semangat untuk Continue reading »

Kerajaan ambil langkah pertahankan ringgit – Mustapa

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Foto Aizuddin Saad

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah untuk mempertahan ringgit, sekali gus menangani impaknya terhadap industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah ini akan diambil bagi membantu usahawan tempatan, terutama Bumiputera yang terjejas akibat kedudukan ekonomi yang tidak menentu.

“Melihat kembali kepada krisis kewangan 1997-1998, kerajaan sememangnya memberi bantuan kepada PKS dan usaha ini akan diteruskan,” katanya pada sesi dialog mengenai pasaran eksport dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Sesi dialog yang dihadiri oleh 78 syarikat berprestasi tinggi (TeraS) pelbagai sektor itu, dianjurkan sempena sesi jaringan bersama-sama syarikat tersebut hari ini.

Sementara itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memperuntukkan RM120 juta untuk menjayakan tiga program kolaborasi bersama Continue reading »

Faktor luaran punca ringgit lemah

RM

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kelemahan semasa ringgit yang disumbang terutamanya oleh faktor luar termasuk kejatuhan harga komoditi dan kelembapan ekonomi China, adalah sementara, kata pakar.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, Malaysia sangat bergantung kepada komoditi termasuk minyak mentah dan pada akhirnya kejatuhan mendadak harga akan memberi kesan terhadap pendapatan kerajaan, sekali gus mendorong pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Ringgit hari ini ditutup pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS.

“Pada awalnya, ia (kejatuhan ringgit) tidak lebih daripada disebabkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kadar faedah. Langkah itu memperkukuh dolar AS namun kita menjadi lemah berbanding mata wang lain. Kemudian harga komoditi pula merosot yang memberi lebih tekanan kepada unit tempatan,” katanya.

Mengenai langkah untuk mengekang kemerosotan ringgit, Teng Siew berkata: “Biarkan sahaja ia melemah, dan mungkin faktor eksport dalam ekonomi akan mendapat manfaat daripada lebihan dagangan yang lebih kukuh. Dalam jangka panjang akan wujud satu bentuk penstabilan.”

Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, walaupun Continue reading »

F