Tag Archives: South Korea

Lepas bunuh, lelaki menyamar jadi kekasih

Kekasih

BUSAN – KOREA SELATAN . Seorang lelaki menyamar menjadi teman wanitanya lebih dari dua minggu selepas membunuh gadis tersebut, lapor portal Metro.co.uk, semalam.

Menurut laporan, lelaki itu membunuh teman wanitanya selepas gadis itu meminta untuk mengakhiri perhubungan pasangan terbabit.

Lee, 24 mengaku membunuh Sunny Kim, 26, selepas dua minggu gadis tersebut dilaporkan hilang.
Sejak Kim dilaporkan hilang, Lee dikatakan menyamar sebagai Kim dan membalas setiap pesanan yang dihantar menerusi telefon bimbit mangsa.

Kakak mangsa yang tidak mahu dinamakan berkata, Lee mungkin meneliti perbualan terdahulu antara dia dan adiknya.

“Cara dia membalas mesej saya (dengan menggunakan telefon bimbit mangsa) sama seperti cara Kim membalas mesej saya.

“Mungkin dia sudah ‘selongkar’ mesej perbualan kami dan meniru cara Continue reading »