Tag Archives: Tembak

Polis tembak mati penjenayah, rakan cedera

Gambar: Utusan

Gambar: Utusan

KLANG: Seorang suspek mati ditembak polis manakala rakannya yang juga penjenayah dikehendaki cedera dalam satu kejadian di Bandar Bukit Tinggi, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata suspek berusia 35 tahun itu mati terkena tembakan di rusuk kanannya manakala suspek utama kes samun cedera di tangan kanan akibat terkena peluru. Katanya, sebelum kejadian sepasukan polis dari cawangan D9 Klang Selatan serta Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang terserempak kenderaan pelbagai guna yang dipandu suspek utama di kawasan Bayu Perdana sebelum mengejar mereka sehingga di kawasan pangsapuri di kawasan Bukit Tinggi.

“Kenderaan suspek cuba dihalang oleh anggota polis tetapi mereka tidak berjaya dihentikan. “Ketika mereka cuba melarikan diri kenderaan yang dipandu suspek utama bergesel dengan Continue reading »