Tag Archives: Tianjin

Polis tahan 12 suspek letupan di Tianjin

KAWASAN pelaburan yang musnah akibat daripada letupan besar di Tianjin. - Foto AFP

KAWASAN pelaburan yang musnah akibat daripada letupan besar di Tianjin. – Foto AFP

SHANGHAI: Polis China menahan 12 orang yang disyaki terbabit dalam letupan besar di bandar Tianjin sehingga menyebabkan 139 orang terbunuh dan memusnahkan kawasan pelabuhan di situ, lapor agensi berita, Xinhua, hari ini.

Antara mereka yang ditahan ialah pengerusi, naib pengerusi dan tiga timbalan pengurus besar syarikat logistik menyimpan bahan kimia yang meletup manakala selebihnya tidak diketahui identiti mereka.

Sebelum ini, China memecat ketua jabatan keselamatan pekerja kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan. – Reuters

17 maut, 400 cedera letupan di gudang pelabuhan Tianjin

Letup

TIANJIN: Beberapa siri letupan kuat berlaku di sebuah gudang di bandar pelabuhan Tianjin di utara China menyebabkan 17 maut setakat ini, lapor media tempatan hari ini. Laporan menyebut saksi melihat bebola api menjulang ke udara akibat letupan berkenaan pada waktu malam. Seorang wartawan AFP yang berada kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian melihat kilauan bebola api.

Tianjin

Kejadian dipercayai membabitkan bahan letupan yang dimasukkan dalam satu gudang di zon industri pelabuhan itu meletup.

Kereta

“Bebola api itu sangat besar, mungkin setinggi 100 meter,” Continue reading »